Sabtu, 05 Mei 2012

“Permata” di Luar Jakarta


“Permata” di Luar Jakarta
Dato’ Sri Mustopa Mohamed; Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia
( Naskah ini dipertahankan pada keunikan bahasa aslinya,
dengan diberi keterangan apabila ada perbedaan dengan bahasa Indonesia )
SUMBER : JAWA POS, 05 Mei 2012


SEBELUM fajar menyingsing di pagi Ahad beberapa minggu kemarin, saya sudah berada di Lapangan Terbang LCCT (Low Cost Carrier Terminal) untuk menanti penerbangan pertama ke Surabaya. Penerbangan udara yang mengambil masa dua setengah jam itu merupakan satu daripada lima pesawat harian Kuala Lumpur ke Surabaya yang dikendalikan Air Asia.

Menariknya, ini lawatan pertama kali saya ke Indonesia pada tahun 2012. Tahun kemarin, saya telah melakukan lawatan kerja ke Indonesia tiga kali untuk melawat mesyuarat (meeting) menteri-menteri ASEAN dan mempromosikan Malaysia di seantero Indonesia.

Kali kedua berkunjung ke Surabaya, saya sememangnya terpesona melihat perubahan kepada landskap bandaraya (kota besar) kedua terbesar Indonesia ini. Selain pembangunan hutan konkrit (beton) sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke hotel, saya terpaku melihat pepohon hijau membarisi pembahagi jalan dan taman-taman kecil di bandar.

Saya diberi tahu oleh rakan-rakan di Surabaya bahawa Datuk (Wali Kota) Bandar Surabaya, Ibu Tri Rismaharini, telah menjadikan misi utama beliau "menghijaukan" bandaraya ini. Sememangnya (selayaknya), mereka yang berkesempatan untuk berkunjung ke bandar-bandar di Indonesia, pasti akan bersetuju bahawa Surabaya yang diduduki 2,6 juta orang (dan 6 juta jika termasuk kawasan pinggiran dan bandar-bandar satelit) merupakan antara Bandar terhijau dan relatif bersih di republik ini.

Bandaraya Surabaya juga merupakan ibu kota kerajaan (pemerintahan) wilayah Jawa Timur yang merupakan wilayah kedua terpadat di Indonesia dengan 38 juta penduduk, lebih kurang 40 peratus (persen) lebih banyak dari jumlah penduduk di Malaysia. Saiz (volume) ekonomi wilayah ini sahaja sudah mencecah (menyentuh) USD 120 billion (sekitar Rp 1.000 triliun) dan pada tahun lalu ia bertumbuh sebanyak 7,2 peratus lebih tinggi dari pertumbuhan ekonomi nasional sebesar 6,5 peratus.

Kunjungan pertama saya setiba di Surabaya ialah ke pejabat akhbar (kantor berita) terbesar di Indonesia iaitu Jawa Pos di bangunan (gedung) Graha Pena. Saya telah disambut oleh Ketua Pengarang (Pemimpin Redaksi) Pak Leak Kustiya dan dibawa melawat balai berita (press room) untuk bertemu para wartawan yang bertugas di hari Minggu untuk sesi perbincangan.

Jawa Pos yang mempunyai edaran harian sebesar 350 ribu naskah (eksemplar) ini berasal dari Surabaya dan merupakan akhbar yang paling berpengaruh di seluruh Jawa. Menariknya, pemimpin tertinggi akhbar ini muda belia belaka, cukup bertenaga, dan mereka mengenali Malaysia dengan dekat. Saya diberi tahu oleh Pak Leak bahawa pejabat (kantor) beliau sering menerima kunjungan teman-teman wartawan dan rombongan dari Malaysia sejak kebelakangan (akhir-akhir) ini terutamanya dari negeri-negeri perbatasan, seperti Sabah.

Surabaya dan Jawa Timur dikenali sebagai pusat perindustrian, pertanian, dan perikanan dan perdagangan yang terbesar di Indonesia. Pada tahun 2011, 8 peratus dari eksport bukan petroleum (nonmigas) Jawa Timur menembusi pasar Malaysia, dan Negara kita merupakan destinasi eksport keempat terbesar wilayah itu.

Menyedari hakikat ini, saya telah membawa bersama 26 orang usahawan dari 18 syarikat (perusahaan) kecil dan sederhana di bawah naungan dua agensi - SME Corp Malaysia dan Halal Development Corporation. Mereka mewakili pelbagai sektor dari pemprosesan makanan, kosmetik, logistik, dan pemakejan (packaging).

Tujuan utama delegasi ini ialah untuk mempromosikan perusahaan kecil dan menengah serta industri halal Malaysia di Indonesia. Sememangnya, mengetuai delegasi ini merupakan sesuatu yang menarik buat saya kerana ini merupakan kali pertama saya membawa delegasi perusahaan kecil dan menengah secara eksklusif dalam lawatan kerja berskala besar.

Salah satu kejayaan (sukses) lawatan ke Surabaya ini ialah sesi memadankan (business matching) perusahaan dari Malaysia dan Indonesia. Sebanyak 47 sesi pemadanan di lakukan dengan pengusaha di bawah Kamar Dagang dan Industri (Kadin) dan Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (Hipmi) Jawa Timur dan Surabaya dan saya telah dimaklumkan dalam jangka masa yang singkat ini potensi jualan sudah mencecah RM 6 juta (sekitar Rp 18 miliar). Justeru saya percaya jika diberikan lebih masa, lebih banyak lagi transaksi yang boleh dilakukan.

Kejayaan sesi ini meyakinkan saya bahawa perniagaan kecil dan menengah Malaysia mampu bersaing di pasar serantau (regional). Contohnya, sebuah syarikat memproses pati sayuran (vegetable extract) berjaya menembus pasar Surabaya, dan pastinya mereka akan memperoleh kejayaan yang berlipat-ganda lagi di masa hadapan (depan). Saya tidak khuatir bahawa satu hari nanti pelbagai juadah (makanan) Malaysia, seperti nasi dagang (jenis nasi yang dimasak dengan santan), daging salai (daging asap) atau mee rebus akan berjaya menawan pasar Indonesia.

Dalam perbincangan dengan Hipmi, saya merasa cukup bertuah (berbobot) kerana setiausaha agung (ketua umum) pergerakan itu, Raja Sapta Oktohari, yang telah saya temui di satu persidangan di Bali tahun lalu telah terbang dari Jakarta untuk menyatakan sokongan beliau.

Sememangnya, pergerakan Hipmi telah pun menjalinkan hubungan dengan usahawan Malaysia sejak sedekad yang lalu dan ramai di antara pengusaha muda bawah 40 tahun ini berkunjung ke kompleks membeli-belah (shopping), pusat peranginan (resor), kolej (kampus), dan hospital di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

Namun begitu, di dalam satu perjumpaan yang berasingan (terpisah) dengan generasi kedua keluarga perusahaan terkaya di Surabaya, saya terkejut yang separuh dari mereka yang hadir belum pernah menjejak kaki ke Malaysia. Justeru, saya telah mengundang mereka untuk berkunjung ke Malaysia dan bertemu usahawan di negara kita yang sudah tentunya menginginkan peluang meneroka (menjajaki) peluang pernigaan yang luas.

Pada sebelah malam, saya telah menganjurkan makan malam bersama ahli Dewan Perniagaan Cina Jawa Timur (Perpit, Perhimpunan Pengusaha Indonesia Tionghoa). Sambutan yang diterima sungguh mengalakkan (membanggakan), 100 orang pengusaha Cina datang untuk berkenalan dengan 30 orang pengusaha dari Malaysia. Ada di antara mereka yang tidak mempunyai tempat duduk dan tidak makan, hanya hadir untuk suaikenal (berkenalan).

Perkara (hal) yang sama berlaku keesokan harinya ketika perbincangan dengan Kadin JawaTimur. Bilangan mereka yang hadir terlalu ramai, sehinggakan ada di antara usahawan Indonesia ini terpaksa berdiri sepanjang dua jam perbincangan dilangsungkan. Sememangnya, di Indonesia: saiz itu penting.

Dalam rangka lawatan kerja ke Surabaya, saya juga telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Gabenor JawaTimur. Saya telah disambut oleh Timbalan (Wakil) Gabenor Jawa Timur Saifullah Yusuf atau lebih mesra dipanggil Gus Ipul, anak saudara mantan Presiden Arwah (Almarhum) Abdurrahman Wahid (Gus Dur). Dalam presentasi beliau, Gus Ipul menyatakan bahawa persaingan antara wilayah sekarang semakin meningkat untuk mendapatkan pelaburan (investasi). Jawa Timur, ujar beliau mempunyai kelebihan kompetitif dalam sektor pembuatan dan pertanian dan mahukan (ingin) lebih ramai lagi pelabur asing untuk melabur di hab premier (hub utama) untuk Indonesia Timur ini.

Lawatan 36 jam ke Surabaya ini mengingatkan saya betapa pentingnya untuk kita menggarap potensi perniagaan di seluruh Indonesia, tambahan lagi bandar-bandar besar di negara jiran ini tidak lebih dari tiga jam penerbangan dan ia mempunyai pasar besar yang cukup berportensi. Tatkala lobi-lobi hotel di Jakarta di penuhi pelabur bersut (berjas) dan tali leher (berdasi) dari Cina, India dan Amerika Syarikat, pelabur Malaysia seharusnya melihat kepersekitaran (sekeliling), kerana sememangnya "permata" yang sebenar ada di wilayah-wilayah di luar Jakarta. ●

Tidak ada komentar:

Posting Komentar